TV9 : Menggenggam Janji
Skrin Di 9 minggu ini membawakan anda sebuah drama menarik arahan Heykal Hanifah iaitu Menggenggam Janji. Menggenggam Janji menampilkan pelakon hebat Zamarul Hisham, Fouziah Gous, Janice Zelynn dan adik Khairisyah Kemal. Menggenggam Janji mengisahkan kehidupan saudara baru yang bergelut dengan perasaan untuk terus kekal istiqamah dengan ajaran Islam.

Rahmah, seorang mualaf yang sanggup meninggalkan agama asalnya demi cintanya terhadap seorang lelaki bernama Jalil (Zamarul Hisham). Tetapi setelah mereka berkahwin, Rahmah mula menemui hidayah untuk terus taat dan mendalami ajaran Islam dengan hati yang ikhlas.
Read MoreZul Tidak Perdaya Saya – Gayatri
Apa boleh buat, inilah risiko yang terpaksa dihadapi oleh pasangan yang sedang hangat bercinta siapa lagi kalau bukan Zul Ariffin dan Gayatri Su-Lin Pillai. Selagi belum sah diijab kabulkan maka pelbagai cerita melibatkan pasangan ini akan terus diperkata.
Terbaru, semasa tayangan perdana filem terbitan Tayangan Unggul, Gayatri yang ditemui sempat memberikan sedikit respon berkenaan tanggapan umum yang mengatakan Zul sebenarnya cuba mengambil kesempatan diatas perhubungan yang terjalin itu. Bagaimanapun hal tersebut disangkal oleh Gayatri dan tetap tegas mempertahankan kekasihnya.
Read MorePutus Cinta, Fizo Omar Luahkan Pada Diana Nasir
Apabila Fizo Omar dilaporkan baru sahaja putus cinta, nama Diana Nasir kakak kepada pelakon Anzalna Nasir ini tiba-tiba sahaja menjadi sebutan. Mungkin ramai yang tidak mengenali Diana kerana dia bukanlah individu penting dalam dunia hiburan tempatan.
Tapi dek kerana beberapa keping gambarnya bermesra dengan Fizo Omar tidak lama dahulu menjadi bualan hangat peminat tempatan maka pemilik nama Diana Nasir ini turut terkena tempias populariti.
Read More









