Beremosi Tanpa Kontroversi

Aduh Ajai

Posted | 0 comments

Setelah AJAI mendiamkan diri selama 8 tahun sebagai seorang penyanyi solo, kini AJAI kembali untuk mewarnai industri muzik tanah air. Kehadirannya kini juga tanpa tangan kosong, AJAI tampil dengan single terbarunya ‘ADUH’ yang dicipta sepenuhnya oleh AJAI sendiri.



‘ADUH’ ini mengisahkan tentang kisah hati yang terluka dengan perbuatan kekasihnya sehingga mahu memutuskan hubungan dan hidup sendirian. Segalanya terasa pedih dengan perilaku kekasih hatinya. Lagu yang berentak pop melayu ini telah membawa AJAI dikenali semula sebagai seorang penyanyi. Lagu ini telah mendapat sambutan sejak berkumandang di corong-corong radio.

Read More

U-Kiss & Yuna Satu Pentas Di Sungai Petani

Posted | 0 comments

Dari syarikat pemaju hartanah utama di Malaysia kini Eupe Corporation Berhad bakal menjadi teraju utama dalam penganjuran konsert yang terbesar di utara tanah air iaitu di Sungai Petani, Kedah apabila bakal mengabungkan beberapa nama besar tanah air dan juga artis K-Pop pada 1 Mac, 2014 sempena Pesta Muzik Planet Eupe.



U-Kiss & Yuna dua nama yang cukup besar dan mempunyai peminatnya tersendiri di Malaysia bakal bergabung dengan sensasi elektro-pop Taiwan, Jeannie Hsieh manakala artis tempatan lain yang turut tersenarai adalah Orange Tan, Najwa Latif, Da.Mon.Ster , KahJun dan Mint G.

Read More

Dee Tampil lakonan mantap Daiyan Trisha, Bront Palare & Mia Sara Nasuha

Posted | 2 comments

Istimewa sempena musim cuti sekolah ini, Astro Ceria dengan bangganya membawakan sebuah telefilem istimewa berjudul DEE yang bakal menemui para penonton pada hari Jumaat, 20 Disember ini jam 11.30 pagi secara eksklusif menerusi saluran 611.


Daiyan Trisha, Bront Palare & Mia Sara Nasuha

Telefilem menarik dengan jalan cerita yang diolah hasil kreatif pengarah tersohor Bernard Chauly dengan arahan Angie Choo selaku pengarah Red Communications Sdn. Bhd. ini bakal menyatukan barisan pelakon baru dan lama yang cukup berbakat sebagai teraju utama iaitu Susan Manen yang membawa watak sebagai Mak, Daiyan Trisha sebagai Dee serta pelakon cilik yang cukup berbakat iaitu Mia Sara sebagai Arissa. Turut menjayakan telefilem ini ialah Juzzthin sebagai Lan, Farhanna Qismina atau lebih dikenali sebagai Sweet sebagai Emira, Intan Ladyana sebagai Cikgu Haniz, Ajak Shiro sebagai Mat serta dua bintang cilik yang lahir daripada program Ceria Popstar iaitu Wafiy sebagai Wafiy dan Trisyia sebagai Trisyia.


Daiyan Trisha, Bront Palare & Mia Sara Nasuha

Pengurus Saluran Astro Ceria, Hadzelynda Khairuddin berkata, “Melalui Telefilem Dee, kami memaparkan semangat, kegigihan, bakat dan sikap tanggungjawab dan positif watak Dee sebagai ’role model’ yang harus dicontohi. Di samping jalan cerita yang menarik, telefilem Dee ini turut menerapkan nilai kekeluargaan dan sifat saling menghargai. Kami di pihak Astro Ceria sentiasa peka dengan perkembangan moral & mental kanak kanak dan penerapan nilai murni dan kekeluargaan adalah amat penting dan ianya diterapkan melalui jalan penceritaan yang menarik melalui Dee.”


Daiyan Trisha, Bront Palare & Mia Sara Nasuha

Telefilem menarik ini mengisahkan tentang Dee (lakonan Daiyan Trisha), seorang gadis remaja yang bercita-cita untuk menjadi seorang penyanyi atau komposer tetapi masih belum cukup berkeyakinan untuk mengetengahkan bakatnya. Blognya yang ditulis secara rahsia hanya mengandungi fail audio supaya identitinya tak diketahui umum. Dee juga sering membuat pelbagai alasan untuk tidak menyertai sebarang pertandingan pencarian bakat baru.


Daiyan Trisha, Bront Palare & Mia Sara Nasuha

Kisah bermula apabila Dee bersama Mak (lakonan Susan Manen) dan adiknya Arissa (lakonan Mia Sara) terpaksa berpindah ke rumah flat kos rendah setelah kematian ayahnya. Dalam proses cuba menyesuaikan diri, Dee berdepan dengan pelbagai situasi yang tak dijangka. Antaranya termasuklah terpaksa bekerja separuh masa di sebuah kedai muzik dan bertindak berani dengan menyertai sebuah pertandingan untuk mencari bakat baru. Adakah Dee akan berjaya menempa nama sebagai seorang penyanyi atau komposer muda, ataupun dia terpaksa melupakan impiannya? Sama-sama kita ketahui kesudahan telefilem ini kelak.


Daiyan Trisha, Bront Palare & Mia Sara Nasuha

Jangan lepaskan peluang untuk menonton telefilem DEE yang pastinya menghiburkan pada hari Jumaat ini, 20 Disember 2013, jam 11.30 pagi hanya di Astro Ceria menerusi saluran 611. Selamat menonton!


Daiyan Trisha, Bront Palare & Mia Sara Nasuha


Daiyan Trisha, Bront Palare & Mia Sara Nasuha

Read More

Drama Syurga Di Wajahmu Temukan Ana Dahlia & Dazrin Kamaruddin

Posted | 0 comments

Mengambil tempat mengisi slot Bidadari di TV1 mulai 23 November depan setiap Isnin hingga Khamis; pukul 11.30 pagi, nantikan drama bersiri bertajuk Syurga Di Wajahmu. Menariknya drama bersiri 13 episod yang menampilkan nama-nama pelakon seperti Ana Dahlia, Dazrin Kamaruddin, Aznah Hamid, Emma Akmar dan Sheera Iskandar ini adaptasi daripada novel popular dengan tajuk sama nukilan novelis Laila Hanni.


Ana Dahlia & Dazrin Kamaruddin

Syurga Di Wajah Mu yang menjalani penggambarannya di Kota Bharu, Kelantan diterajui watak utamanya oleh Dazrin Kamaruddin memegang watak Engku Lokman dan bergandingan bersama Ana Dahlia sebagai Idayu.

Read More

Ammara Batrisya

Posted | 0 comments

Kerana dendam, Slot Ratu di TV9 tidak pernah sunyi untuk menghidangkan drama-drama terbaru yang berkualiti. Bermula 10 Disember ini, drama terbaru terbitan Rumah Karya Citra Sdn Bhd bakal mengisi slot Ratu pada setiap hari Isnin dan Selasa, jam 8.30 malam.


Umie Aida & Erra Fazira

Dan buat pertama kalinya menerusi drama Ammara Batrisyia, primadona filem melayu Erra Fazira bakal membuat kemunculan eksklusif di TV9 bergandingan bersama sahabat baiknya, Datin Paduka Umie Aida yang baru-baru ini telah memenangi anugerah pelakon wanita terbaik drama di Anugerah Skrin. Selain itu Ammara Batrisyia turut dibantu oleh Adi Putra, Ungku Ismail, Betty Rahmad, Ku Hariz dan Tunku Hanis.

Read More

Ali Din Artis Cilik Hijjaz

Posted | 0 comments

Dunia hiburan tanah air, tidak hanya didominasi oleh artis-artis dewasa atau yang sudah berpengalaman sahaja, ramai juga artis tempatan yang bermula seawal mereka masih di usia kanak-kanak.


Izara Aishah & Dazrin Kamarudin

Oleh yang demikian, Kumpulan Hijjaz yang pernah mendidik sebuah kumpulan artis kanak-kanak Aeman sebelum ini memperkenalkan seorang lagi artis baru dibawah naungan Hijjaz Records Sdn Bhd yang masih di usia remaja cilik, bernama Ali Din.

Read More

Zain Saidin Tawar Percutian Bersama Peminat?

Posted | Comments Off

Menampilkan kemunculan pelakon Zain Saidin sebagai pelakon utama dan plot kisah bagaimana terujanya peminat ingin mendampingi artis kesayangan mereka, usah ketinggalan menyaksikan telemovie menarik bertajuk “ Perrgghh” yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengisi slot popular Citra di TV2 pada 17 Disember; pukul 10.00 malam.


Izara Aishah & Dazrin Kamarudin

Zain Saidin menghidupkan watak dirinya yang sebenar sebagai artis popular, drama terbitan Pujangga Kreatif ini turut dibintangi oleh Nurseha (Natasha), Roy Azman (Zefri), Kenchana Dewi (Sharmila Dewi), Enot (Suzanne) dan Qhasreena.

Read More

9X – Plus 1

Posted | 0 comments

Plus 1 kisah remaja kolej yang penuh warna warni kehidupannya akan mula menemui penonton TV9 pada 9 Disember ini menerusi slot 9X. Plus 1 mengisahkan mengenai Marissa, gadis bijak yang mempunyai keperibadian yang agak kasar atau tomboy.


Izara Aishah & Dazrin Kamarudin

Selain menjadi pembantu bapanya, Encik Fairuzz sebagai jurulatih pasukan bola keranjang di kolejnya Marissa mengambil upah untuk menyiapkan assignment rakan-rakan kolej demi membeli ipad sebagai hadiah hari jadi bapanya. Malangnya menjelang perlawanan penting bagi pasukan Panthers, Encik Fairuz jatuh sakit dan terpaksa dimasukkan ke hospital. Untuk memastikan jawatan Encik Fairuz terjamin dan biasiswa Marissa tidak ditarik balik, Encik Jehan, kaunselor kolej mencadangkan agar Marissa menggantikan bapanya untuk melatih pasukan Panthers.

Read More
Page 2 of 41123456789
Gosip Label Aishah Aziz Gosip Yuna

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes