Beremosi Tanpa Kontroversi

Cinta Pandang Kedua Izara Aishah & Dazrin Kamarudin

Posted | 0 comments

Slot Aurora tampil dengan sebuah drama baru bagi menggantikan drama Alam Maya yang diinspirasikan daripada novel Cinta Pandang Kedua terbitan Kumpulan Karangkraf. Drama ini diterbitkan oleh ZK Creative Production Sdn. Bhd. dan akan mula bersiaran pada 5 Disember ini, setiap hari Khamis jam 8.30 malam.


Izara Aishah & Dazrin Kamarudin

Drama ini dibintangi oleh Izara Aishah, Dazrin Kamarudin, Maria Farida, Redzuan Hashim, Dian P.Ramlee, Amira Rosli dan Along Eyzendy. Turut membuat penampilan istimewa ialah pak cik Azman yang dikenali ekoran insiden kontroversi yang membabitkan pertelingkahannya dengan isteri kepada pemain bola sepak terkenal negara sebagai watak sampingan.

Read More

Faizal Ismail (FBI) Pengacara di Nasi Lemak Kopi O

Posted | 0 comments

Nasi Lemak Kopi O yang pernah memenangi hadiah kedua Anugerah Bual Bicara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, kini akan bertambah kecoh dengan kehadiran seorang lagi pengacara lelaki disamping AG, Luqman dan Fizo bagi menceriakan lagi pagi hari minggu anda.


Faizal Ismail (FBI)

Beliau merupakan seorang yang tidak asing lagi dalam dunia pengacaraan yang juga mempunyai rancangan bual bicara sendiri di TV9 iaitu Apa Saja FBI. Beliau adalah Faizal bin Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan FBI.

Read More

5000 Pengunjung Memeriahkan Jelajah Pentas Anugerah Skrin 2013

Posted | 0 comments

Jelajah pentas Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) telah melabuhkan tirai di lokasi keduanya di Centre Atrium, eCurve di Mutiara Damansara pada hari Ahad yang lalu (17 November) dengan menerima lebih daripada 5000 pengunjung!


ASK 2013

Bagi menghangatkan lagi ASK 2013, TV3 bersama-sama penaja utama, Pantene mengadakan 2 sesi Jelajah Anugerah Skrin 2013 khas buat penonton setianya untuk beramah mesra dengan artis-artis popular yang terlibat. Lokasi pertama Jelajah ASK 2013 di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor pada 10 November 2013 juga menerima sambutan yang hebat apabila dibanjiri lebih daripada 5000 pengunjung untuk bertemu dan beramah mesra dengan artis-artis popular.

Read More

10 selebriti popular & 10 bekas peserta favourite Digabung dalam MASTERCHEF MALAYSIA ALL STARS

Posted | 0 comments

Bertitik tolak daripada kejayaan program realiti berteraskan masakan yang telah berjaya mencipta fenomena tersendiri iaitu Masterchef Malaysia, pihak Astro Ria dengan berbesar hati mempersembahkan sebuah lagi program di bawah payung penjenamaan yang sama iaitu Masterchef Malaysia ALL STARS yang bakal bersiaran pada setiap hari Sabtu hingga Selasa, jam 9.00 malam bermula 23 November ini secara eksklusif menerusi saluran 104.


Zizan & Noni

Masih mengekalkan konsep dan format yang sama seperti musim yang pernah diterbitkan sebelum ini, program Masterchef Malaysia ALL STARS ini akan menghimpunkan 20 orang bekas peserta pilihan ramai atau ‘favourite’ yang diundang semula untuk ‘berperang’ di dapur.

Read More

Playboy itu suami aku? Biar betul!

Posted | 0 comments

Selepas ‘Love You Mr Arrogant’ melabuhkan tirainya pada hari Khamis yang lepas, saksikan sebuah lagi drama bersiri hebat adaptasi novel popular ‘Playboy Itu Suami Aku’ terbitan Temenggong Pictures bermula 11 November 2013, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di slot Akasia TV3.


Altimet dan Awi Rafael - Kalau Aku Kaya

Drama bersiri 28 episod arahan Azmi Hata dan nukilan skrip oleh Wan Mahani membariskan pelakon-pelakon popular seperti Fattah Amin, Nur Risteena, Cha Cha Maembong, Wan Sharmila, Noralbaniah, Dilla Ahmad, Puteri Najuwa, Jay Iswazir, Khairil Anwar dan ramai lagi.

Read More

Kalau Aku Kaya Kini Jadi Siulan

Posted | 0 comments

“Kalau Aku Kaya” – telah menjadi suatu fenomena dan siulan orang ramai pada masa kini merupakan sebuah lagu yang memberi semangat dan dorongan kepada para pendengar untuk mengejar cita-cita dalam mengecapi kehidupan yang lebih baik.
Altimet dan Awi Rafael - Kalau Aku Kaya

Lagu berentak ‘up beat’ yang dinyanyikan oleh Altimet dan Awi Rafael ini mampu mengajak semua untuk mendengar dan menikmati setiap bait liriknya yang bersifat lucu dan begitu dekat dengan pendengar-pendengar di Malaysia dari mula hinggalah ke minit yang terakhir. Pembawakan Awi Rafael dan Altimet di dalam lagu ini tampak begitu bersahaja dan mereka berdua juga kedengaran sangat serasi seperti telah lama berkolaberasi. “Kalau Aku Kaya” juga amat mudah didengari, melodi dan liriknya juga mudah diingati dan dinyanyikan bersama. Elemen lucu telah memberi impak yang lebih kepada pendengar dan mereka merasa dekat dengan lagu ini kerana setiap daripada kita tidak boleh lari dari bermimpi untuk menjadi kaya dan mengecapi kehidupan yang mewah.

Read More

Syurga Di Wajahmu Temukan Ana Dahlia dan Dazrin Kamaruddin

Posted | 0 comments

Mengambil tempat mengisi slot Bidadari di TV1 mulai 7 November depan setiap Isnin hingga Khamis; pukul 11.30 pagi, nantikan drama bersiri bertajuk Syurga Di Wajahmu. Menariknya drama bersiri 26 episod yang menampilkan nama-nama pelakon seperti Ana Dahlia, Dazrin Kamaruddin, Aznah Hamid, Emma Akmar dan Sheera Iskandar ini adaptasi daripada novel popular dengan tajuk sama nukilan novelis Laila Hanni.


Shout! Awards 2013

Syurga Di Wajah Mu yang menjalani penggambarannya di Kota Bharu, Kelantan diterajui watak utamanya oleh Dazrin Kamaruddin memegang watak Engku Lokman dan bergandingan bersama Ana Dahlia sebagai Idayu.

Read More

Senarai Pemenang Shout! Awards 2013

Posted | 0 comments

Malam kemuncak Shout Awards 2013 akhirnya melabuhkan tirainya pada sabtu yang lepas apabila menyaksikan Joe Flizzow dianugerahkan ‘Ultimate Shout Award’.


Shout! Awards 2013

Majlis yang disiarkan secara langsung di Bukit Jalil ini merupakan kali yang ke 4 penganjuranya, bagaimanapun masih mengekalkan tradisinya apabila tidak ramai pemenang pada malam tersebut tidak hadir.

Read More
Page 3 of 41123456789
Gosip Label Aishah Aziz Gosip Yuna

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes