Beremosi Tanpa Kontroversi

“Pecah”

Posted | 0 comments

Filem arahan Asrulhisham Ahmad atau lebih dikenali sebagai Black ini bakal bersaing dengan filem terkenal antarabangsa yang turut ditayangkan pada minggu yang sama. Grand Brilliance begitu yakin pasti ramai peminat-peminat di luar sana akan memilih filem Pecah berbanding filem antarabangsa tersebut terutamanya dari kalangan pembaca buku Fixi.

Read More

Nor Adibah Juara Da’i Musim Pertama

Posted | 0 comments

Program Da’i yang mengetengahkan golongan muda dalam berkebolehan untuk berdakwah secara berhikmah ini telah memulakan persaingan Pendakwah Milenia sejak 2 Februari 2013 dengan 12 finalis. Selepas berjaya mengharungi cabaran Da’i sepanjang 13 minggu, kini finalis Nor Adibah Binti Rozain dinobatkan sebagai juara program Da’i musim pertama selepas mengenepikan finalis Mohamad Azamudin Bin Zainal, Muhammad Tajdid Hadhari Bin Romli!


Dai

Bersiaran secara langsung dari Studio Glenmarie NTV7, Shah Alam, acara kemuncak Da’i diserikan dengan penampilan istimewa daripada kumpulan nasyid UNIC dengan diiringi oleh adik-adik Qhasidah dari Kelab Berselawat Anak-Anak As Sidiq menerusi lagu Ya Hana Na sebagai pembuka tirai petang ini sebelum diselang-seli dengan persembahan penentu juara Da’i Pendakwah Milenia.

Read More

SOFAZR – Tak Berhujung Pagi

Posted | 0 comments

SOFAZR sekali lagi tampil menyerikan industri muzik tanah air bagi tahun 2013 apabila muncul dengan single terbaru.


Khilaf

Perjalanan karier seni SOFAZR yang bermula di sekitar tahun 2004 dengan perlancaran album sulung mereka yang berjudul “Cintai Aku” berjaya menambat hati segenap peminat muzik tanah air.

Read More

Lisdawati Dendam Terhadap Lelaki

Posted | 0 comments

Benarkan pelakon cantik Lisdawati menyimpan dendam terhadap golongan lelaki? Atau adakah sikapnya itu semata-mata memenuhi watak yang ‘dihidupkannya’ dalam drama yang dibintangi isteri aktor Fauzi Nawawi itu? Namun peminat Lisdawati pastinya tidak perlu gusar kerana babak-babak dendam terhadap lelaki itu hanya bagi memenuhi tuntutan wataknya yang menanggung beban derita batin dan dendam Salmiah terhadap lelaki setelah dia kehilangan maruah, harga diri dan segala-galanya angkara perbuatan lelaki.


Khilaf

Turut dibantu pelakon berpengalaman Ahmad Tarmimi Saregar, Fizz Fairuz, Zarina Zainoordin, Wan Nor Azlin dan Dato Jalaluddin Hassan, telemovie bertajuk “Khilaf” yang menemui penonton RTM pada 26 April 2013, jam 10.30 pagi di TV1 berkongsi lara dihadapi Salmiah bermula setelah ayahnya kahwin lain dan meninggalkan mereka berdua.

Read More

Karnival Seni Kreatif Kita

Posted | 0 comments

Rakyat Malaysia diseru selami jiwa seni dan kreativiti mereka sambil bergembira di Karnival Seni Kreatif Kita. Karnival seni dan budaya terhebat di bawah sinar matahari ini akan berlangsung di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, Johor dari 11hb hingga 12hb Mei 2013, 10 pagi hingga 7 petang.


Suria FM

Karnival Seni Kreatif Kita adalah projek yang akan dianjurkan oleh My Performing Arts Agency (MYPAA) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di bawah naungan D.Y.M.M. Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah.

Read More

Menang RM100,000 di Suria FM

Posted | 0 comments

Ingin menangi sebahagian daripada RM100,000? Sesuatu yang hebat kini sedang menanti anda! Telah bermula pada 15 April sehingga 26 Mei ini, Suria FM tampil dengan Seratus Ribu Suria yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 kepada pendengar bertuah. Dengan hanya meneka lima ketawa selebriti mengikut turutan, anda boleh menang sebahagian dari RM100,000 di Suria FM.


Suria FM

Kempen Seratus Ribu Suria ini diadakan bertujuan untuk menghargai para pendengar setia. Dari semasa ke semasa, petunjuk akan diberikan oleh para juri bagi memudahkan pendengar meneka siapakah lima selebriti yang sedang ketawa.

Read More

Rockawayfest Showcase Announces Change of Venue and the Addition of Local Headliner

Posted | 0 comments

With a week to go to the first Rockawayfest Showcase of 2013, Livescape announces the change of concert venue. The special showcase featuring American bands, Coheed and Cambria with special guests Circa Survive will now move from KL Live to the Bentley Music Auditorium in Mutiara Damansara, Petaling Jaya. “We’ve decided to move to a more intimate venue to bring both bands closer to their fans and the Bentley Music Auditorium is also engineered for better acoustics which we are certain the punters will cherish”, said Rahul Kukreja, Director of LIVE Events for Livescape.


Rockawayfest Showcase

In line with their mission of highlighting local talents, Livescape has added Malaysia’s post-hard-core phenomenon, Tres Empre into the line-up. “We are very excited to have Macbeth Footwear and one of their endorsees TRES EMPRE opening up for the show, we had them up on stage at Rockaway 2011 and since then, the band has gained a strong fan base. They will also be releasing their album later in the year,” he continues.

Read More

Bila Otai Bercinta

Posted | 0 comments

Kebiasaanya kita disajikan dengan drama atau filem yang menggandingkan pelakon-pelakon muda yang cantik dan kacak sebagai pelakon utama dengan diselitkan jalan cerita kisah percintaan antara mereka. Begitu pun menerusi sebuah drama bersiri terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang bakal menemui penonton mulai 23 April depan mengisi slot Selekta Prima di TV2.


Zain Saidin

Pastikan anda tidak ketinggalan berhibur dan bergelak ketawa dengan drama komedi bertajuk “Bila Otai Bercinta” setiap Selasa, jam 9.30 malam yang mengetengahkan lakonan Mustapha Kamal, Chew Kin Wah, Ika Nabila, Nabil Zamanhuri, Atie AF, Puspha Narayan, dan Mandy Chong dalam 13 episod siarannya.

Read More
Page 5 of 29123456789
Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes