Showdown 2013 Is Back !
Pencarian kru tarian terhebat kembali lagi! Ya, pertandingan tarian paling gempak SHOWDOWN kini kembali untuk musim ke-4! Showdown yang cukup dikenali sebagai satu-satunya rancangan pencarian kru tarian jalanan yang tergempak di Malaysia kembali menggegarkan industri hiburan untuk mencari kru terbaik!

Setelah bersiaran selama tiga musim, SHOWDOWN ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya meraih pelbagai anugerah antaranya Program TV Popular di Shout! Awards 2010, Program Realiti Terbaik pada Anugerah Skrin 2010 dan 2011 dan Program Realiti TV Terbaik pada malam Anugerah Sri Angkasa 2010 menjadikan program ini antara program terhebat dalam sejarah televisyen Malaysia.
Read More3R KEMBALI !
3R (Respek, Relaks, Respon), sebuah program TV yang membincangkan isu-isu berkaitan kaum wanita khususnya golongan remaja secara terbuka dan tanpa berselindung telah diperkenalkan pada tahun 2000 sebelum laman sosial Facebook hadir dalam kehidupan harian kita. Bakal memasuki musim yang ke-14 pada tahun ini, 3R yang sudah bersiaran melebihi satu dekad ini kini kembali dengan konsep dan barisan hos yang baru.

3R pernah membariskan Azah Yasmin Yusof (Azah), Rafidah Abdullah (Rafidah), Low Ngai Yuen (Yuen), Kartini Ariffin (Tini) dan Celina Khor (Celina) sebagai hos. Bermula dengan Azah, Rafidah dan Yuen pada musim pengenalannya, persembahan sketsa yang melakon semula isu atau masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat kita berjaya mengubah persepsi para penonton bahawa isu-isu berkaitan sosial bukanlah sesuatu yang berat dan sukar difahami.
Read MoreKonvokesyen Kru Academy Yang Pertama
Setelah dilancarkan oleh Y.A.Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 pada 4hb Jun 2012; KRU Academy telah mencatat sejarah dengan meraih kejayaan cemerlang bagi kesemua pelajar yang mengikuti kursus Kesan Khas Visual, Animasi 2D dan Animasi 3D dengan markah purata 91.19%. Kesemua kursus CGI ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, MDeC serta majikan-majikan didalam industri kreatif.

“Industri kreatif menjana perolehan sebanyak RM15billion diperingkat tempatan dan US$1.4trillion diperingkat global pada tahun 2012. Banyak peluang pekerjaan dan perniagaan telah dicipta dan bakal dicipta hasil sokongan padu Kerajaan Malaysia terhadap industri ini dan pastinya akan menjadi salah satu penyumbang utama bagi ekonomi Negara kita menjelang tahun 2020. Sumbangan industri kreatif tidak harus dilihat dari sudut ekonomi semata-mata tetapi juga memperkayakan khazanah budaya serta mempertahankan jatidiri sesuatu bangsa” menurut Norman Abdul Halim, Presiden Eksekutif Kumpulan Syarikat KRU.
Read MoreFilem “Ribut Barat” di TV2
Slot Pilihan Jumaat yang disiarkan menerusi saluran TV2 menjadi platform dalam menyiarkan filem-filem lama yang membangkitkan nostalgia penggemar filem terhadap karya-karya yang pernah popular suatu ketika dahulu. Pemilihan filem-filem yang mengetengahkan karya seni seniman tersohor di samping memperkenalkan pelakon hebat yang dikenali sehingga kini nyata menerima sambutan hangat penonton setiap minggu.
Mengambil tempat menghiburkan penonton setia slot Pilihan Jumaat hujung minggu ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM)mengimbas kembali filem lama yang mengangkat nilai kekeluargaan yang runtuh akibat pengaruh budaya barat yang keterlaluan dalam filem “Ribut Barat” pada 10 Mei 2013, jam 2.00 petang menerusi saluran TV2 arahan Salleh Ghani pada tahun 1981.
Read MoreDrama Khas : Alahai Omak Dan Aku Bukan Masyitah di TV1
Tahun ini sambutan Hari Ibu di Malaysia diraikan tanggal 12 Mei bagi menghargai jasa dan pengorbanan seorang wanita bergelar ibu. Nyata kasih sayang yang dicurahkan kepada anak-anak sangat bernilai dan sukar untuk diungkapkan dengan kata.
Lalu sebagai menyatakan penghargaan kepada golongan yang dimuliakan ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menayangkan dua buah drama menarik menerusi saluran TV1 yang mengangkat kisah suka duka dihadapi seorang ibu berdepan dengan cabaran mahupun pengalaman dalam membesarkan seorang insan bergelar anak.
Read MoreBawang Putih dan Bawang Merah Versi Moden Di TV1
Kisah Bawang Putih dan Bawang Merah versi moden dibawakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk tontonan peminat setia salurannya di mana watak Putih diubah menjadi seorang kakak yang berpenampilan seperti lelaki dan kasar. Begitu pun dia amat menyayangi adiknya, Merah. Dalam pada itu dalam dongeng versi moden ini anak raja pula tidak menyintai Merah tetapi cuba mengejar Putih yang menolak cintanya. Segalanya kerana Putih percaya pada mitos asal Putera Raja pasti akan mengahwini Merah.
Menampilkan pelakon Mardiana Alwi, Nad Zainal, Jasmin Hamid, Ryzal Jaafar, Diwan Nawi, Safura Ya’cob dan Raja Azri, drama rantaian bertajuk Buaian Kasih mengisi slot Cindai mulai 9 Mei 2013, setiap Isnin hingga Khamis, jam 2.05 petang menerusi saluran TV1.
Read MoreDafi & Cha Cha Maembong : Uda & Dara
Anak-anak muda Malaysia telah memberanikan diri mereka untuk diuji bakat bagi menempah tiket menuju kemasyuran melalui Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara. Mereka telah mempersembahkan bakat menyanyi, menari dan berlakon masing-masing untuk menawan hati empat orang hakim selebriti, seterusnya terpilih untuk membintangi siri drama bertemakan K-Pop dengan konsep yang diilhamkan oleh Cornetto.

Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara arahan Prem Pillai dijadualkan ke udara melalui saluran Astro Ria (Saluran 104) mulai 1 Mei selama sembilan minggu. Siri drama ini mengisahkan tiga pasangan anak muda yang melalui perjalanan hidup yang penuh dugaan dan cabaran dalam mencari identiti sebenar diri mereka. Mereka akhirnya mencapai kejayaan apabila masing-masing semakin hampir menjadi seorang bintang.
Read MoreMUZIKfm Kini Di Atas Talian
Radio Malaysia MUZIKfm yang dahulunya bersiaran menerusi frekuensi, kini menyahut cabaran untuk bersiaran sepenuhnya melalui platform atas talian (online). Sejak 21 April 2012 sehingga kini, kandungan siaran MUZIKfm telah menjalani proses transformasi dengan penambahan persembahan multimedia. Siaran MUZIKfm (radio) dan Muzik Aktif (TV) digabungkan di bawah satu saluran yang dikenali sebagai Galaksi Muzik RTM dengan tagline ‘Segalanya Muzik Di Stesen Muzik Anda’.

Di samping untuk cuba seiring dengan perkembangan teknologi moden bidang penyiaran, Galaksi Muzik RTM tampil untuk memberi pilihan kepada rakyat Malaysia terutama sekali kepada golongan remaja dan belia, yang berada di dalam mahupun di luar negara, untuk menikmati muzik tempatan dan antarabangsa pada tahap kepuasan yang infiniti, 24 jam sehari, asalkan lokasi anda mampu mengakses internet dengan baik. Siaran Galaksi Muzik RTM boleh diikuti menerusi laman sesawang galaksimuzik.rtm.gov.my juga www.galaksimuzik.com.
Read More







