Slot Azalea: ‘Kalau Bukan Aku’
Menyusuli “Duri Di Hati”, sebuah lagi drama berjudul “Kalau Bukan Aku” mengisi slot Azalea mulai 25 April 2013 yang lalu, dibintangi oleh Erry Putra, Syatilla Melvin, Azuan Mazlan, Ziela Jalil, Zaidi Omar, Mak Wan, Sura Sojangi, Zalfie dan ramai lagi. Drama siri 17 episod yang diterbitkan oleh Global Station Sdn. Bhd. ini diarahkan oleh Emi Suffian Abd Sabhe manakala skripnya ditulis oleh Rozie Rashid dan Hairani Indah.

“Kalau Bukan Aku” berkisar tentang Umar, seorang pemuda yang mempunyai penyakit autisme dan haknya sebagai anak telah dinafikan oleh kedua-dua ibu bapanya, Tuan Raqim (Zaidi Omar) dan Puan Zalia (Ziela Jalil). Ibu bapa Umar juga telah mengarahkan pembantu rumahnya, Cik Nomi (Mak Wan) mencari calon isteri buat Umar kerana tidak mahu lagi menjaganya.
Read MoreTV9 : Luluhnya Sebuah Ikrar
Setelah berakhirnya derita yang ditanggung Diana dalam Kerana Lelaki Itu, drama terbaru terbitan Double Vision Sdn. Bhd iaitu Luluhnya Sebuah Ikrar bakal menghiasi malam Isnin dan Selasa anda mulai 6 Mei ini.

Luluhnya Sebuah Ikrar menceritakan mengenai Yati (Sara Ali), gadis manis yang baru memulakan latihan praktikal di sebuah firma guaman. Perwatakannya yang manis dan merendah diri namun tegas dengan pendiriannya telah membuatkan bakal pewaris syarikat itu, Shahrul (Ryzal Jaafar) terpikat.
Read MoreEpisod Akhir : Kerana Lelaki Itu
Bagi peminat yang setia mengikuti drama lakonan Siti Elizad, Zarina Zainoordin, Fikhree Bakar, Riz Amin, Ana Dahlia dan Tunku Hanis, jangan ketinggalan untuk menyaksikan episod akhir Kerana Lelaki Itu pada 29 April ini, jam 8.30 malam di TV9.

Drama yang mendapat sambutan ramai ini mengisahkan mengenai pahit manis kehidupan yang dilalui wanita kerana seorang lelaki. Diana lakonan Siti Elizad, menderita apabila keikhlasan membenarkan suaminya berkahwin lain membawa sengsara apabila madunya, yang juga kawan baiknya iaitu Azzah (Tunku Hanis) mula tamak dan menyimpan dendam. Azzah ingin Hanafi (Fikhree Bakar) menjadi miliknya seorang dan akibat termakan kata-kata hasutan Azzah, Hanafi mula menjauhkan diri daripada Diana.
Read MoreAnugerah Teknikal Membuka Tirai festival KakiSeni
Anugerah Seni BOH Cameronian ke-10 Tahun 2013 (10BCAA) tahun ini membuka tirai Festival Kakiseni dengan pengiktirafan kepada sokongan di sebalik tabir di dalam satu majlis minum petang ekslusif Anugerah Teknikal BOH Cameronian ke-10 yang bertempat di DOME, Pavillion Kuala Lumpur.

Majlis Anugerah Seni BOH Cameronian 2013 yang ke-10 (10BCAA) ini dianjurkan oleh Kakiseni dan ditaja oleh Teh BOH Cameronian, teh premium BOH Plantations. Anugerah Teknikal 10BCAA ini diraikan oleh setiap penggiat seni yang terlibat secara langsung ataupun tidak di dalam menyokong industri seni di Malaysia.
Read MoreKonsert Suara Hati Temukan Ramli Sarip, Zamani Slam, Azlan The Typewriter dan Hafiz AF Di TV2
Menyatukan empat penyanyi lelaki hebat seperti Ramli Sarip, Zamani Slam, Azlan The Typewriter dan Hafiz AF dalam “Konsert Suara Hati Daripada Lelaki Untuk Wanita” antara hadiah paling bermakna stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk penonton setia salurannya khas sempena sambutan Ulang Tahun Ke-67 penubuhannya pada 1 April lalu.
Malah istimewa juga konsert ini juga turut bakal menghiburkan semua yang meraikan Hari Pekerja yang disambut tanggal 1 Mei depan.
Read MoreKhas Hari Pekerja : Telemovie Alamak Bakar?
Kadang-kadang kita harus melakukan apa yang kita tak suka, untuk mendapat peluang apa yang kita suka. Justeru rebutlah peluang yang ada di depan mata kerana tidak mustahil menerusinya kita berjaya mencapai cita yang seperti yang diimpikan.
Diterjemahkan sebagai menyuntik inspirasi golongan pekerja yang meraikan sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi Unit Drama TV RTM menerbitkan drama bertajuk “Alamak Bakar?” yang bakal menemui penonton pada 1 Mei 2013 (Rabu), jam 2.30 petang menerusi saluran TV1.
Read MoreThe Legendary: Shinhwa Confirmed As The Final Line-Up Artist Group!
Jointly organized by Marctensia Concerts and Universal Music Malaysia, and supported by Ministry of Tourism Malaysia and Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB), the “Asia Super Showcase in Malaysia” is back again after its first successful run in December 2012!

The joint organizers officially announced the “2013 Asia Super Showcase in Malaysia” and will be bringing Malaysian fans a star-studded line-up: Girls’ Generation, AOA and the legendary Kpop group – Shinhwa!
Read MoreTV1 : Cinta Adam Dan Hawa
Kita mampu hidup dengan cara moden dan serba canggih, berteknologi tinggi yang selari dengan diri kita yang ingin menjadi seorang Islam yang patuh dan berpegang pada ajaran yang sebenarnya. Kehidupan selari dengan agama menjadikan kehidupan kita diberkati oleh Allah SWT. Apatahlagi dalam Islam itu sendiri meminta kita mencari keperluan kehidupan, kekayaan dan keteguhan iman kita sebagai seorang Islam yang sebenar.
Membawakan plot drama islamik disampaikan secara santai kepada penonton dan istimewanya mampu mengubat kerinduan peminat yang ternanti-nantikan kemunculan semula pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris yang juga pernah menganggotai Kumpulan Elite, Sasha Saidin saksikan drama bersiri terbaru bertajuk “Cinta Adam Dan Hawa” menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Read More







