Beremosi Tanpa Kontroversi

Keserasian Fathia & Aiman Mengundang Konflik

Posted | 0 comments

Mereka berdua mempunyai perwatakan yang bertentangan, sering bercakaran seperti kucing dan anjing setiap kali bertemu. Berlatar-belakangkan keluarga dan gaya hidup yang berbeza juga mengundang bermacam-macam perselisihan apabila Diandra dan Adam terpaksa mengharungi rutin harian bersama. Apabila cinta hadir tanpa dijangka, apakah keegoan seorang lelaki akan tunduk kepada kuasa cinta?


Diandra

Menyusuli Kisah Cinta, saksikan drama romantik komedi, ‘DIANDRA’ yang menggandingkan Aiman Hakim Ridza dan Nur Fathia menerusi slot Lestary, bermula 20 Ogos 2013, setiap hari Selasa jam 9.00 malam. Drama bersiri 13 episod terbitan Asia Media Content (AMC) ini diarahkan oleh Eoon Suhaimi, mendapat sentuhan kreatif daripada penulis skrip, Shuhadatul Ain Zakaria juga menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Dato’ Jalaluddin Hassan, Nur Risteena, Shawal Ruslan, Qazem Nor, Nizam Zaidie, Amran Ismail, Yaya Maembong dan ramai lagi.

Read More

5 Anugerah Bagi Grand Brilliance di Anugerah Lawak Warna 2013

Posted | 0 comments

Grand Brilliance telah merangkul lima buah anugerah di Majlis Anugerah Lawak Warna yang telah berlangsung malam tadi. Istanbul Aku Datang, filem komedi romantik yang telah menjalani penggambaran di negara Turki itu, telah memenangi Anugerah Filem Komedi Terbaik, sementara Lisa Surihani pula dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik (Kategori Filem) menerusi lakonannya sebagai Dian, seorang gadis blogger yang mencari cinta.


R2

Filem arahan Bernard Chauly ini juga memenangi Anugerah Direktor Komedi Terbaik, dan turut menerima Anugerah Lakon Layar Komedi Terbaik (Kategori Filem), hasil karya Rafidah Abdullah. Sementara itu, sebuah lagi terbitan Grand Brilliance, Rock Oo: Rimba Bara Kembali, juga memenangi Anugerah Skrip Komedi Terbaik (Kategori Filem).

Read More

3 Nenek 3 Dara

Posted | 1 comment

Kisah kekeluargaan mencuit hati bagaimana tiga orang nenek menjaga tiga orang cucu kembar kesayangan mereka masing-masing dengan satu impian dan acuan yang berbeza yang dibawakan watak-watak utamanya oleh Emma Maembong, Erin Malik, Fiffy Natasha, Rosnah Mat Aris, Ku Fridah dan Aripah Damanhuri bakal menghiburkan hujung minggu anda seisi keluarga mulai 10 Ogos ini mengisi slot Widuri di TV1.


3 Nenek 3 Dara

Disiarkan setiap Sabtu dan Ahad, drama bersiri 13 episod, Tiga Nenek Tiga Dara (3N3D) rentetan dari Menantu 3 Rasa, kisah kali ini diteruskan tentang tiga orang nenek bernama Mak Cah, Mak Senah dan Mak Tipah dalam membesarkan tiga orang cucu kembar mereka dengan cuba mempengaruhi sikap mereka bertiga mengikut citarasa mereka sendiri. Ketiga-tiga cucu mereka itu kini berada di usia remaja yang mempunyai impian dan cita-cita berbeza.

Read More

Autumn Di Hatiku! Capai Setengah Juta Hits!

Posted | 0 comments

Drama bersiri web AUTUMN DI HATIKU yang ditayangkan menerusi portal video Tonton (www.tonton.com.my/autumndihatiku) mulai 3 Julai lalu mencatat kejayaan luar biasa dengan rekod melebihi 500,000 hits tontonan video. Drama yang diinspirasi menerusi fenomena K-Pop di Malaysia menampilkan aktres terkenal Hanez Suraya, bintang Korea Kim Jin Sung, Anas Ridzuan, Ezzaty Abdullah dan Aiman Hakim.


Autumn Di Hatiku

Merupakan drama web sulung terbitan portal video Tonton, kejayaan luar biasa AUTUMN DI HATIKU membuktikan penerimaan khalayak bagi drama yang disiarkan secara ‘online’ selain boleh ditonton secara GLOBAL di seluruh dunia pada bila-bila masa secara PERCUMA.

Read More

Sebulatnya – The Fabulous Cats (Official Music Video)

Posted | 0 comments

Selepas hampir 2 tahun tanpa single terbaru, kumpulan rap/hip-hop ternama tanahair, TFC kembali mewarnai persada muzik tanahair menerusi single terbaru mereka, “Sebulatnya” bersama barisan anggota terbaru! Lagu ciptaan Cat Farish, komposer dan tonggak utama kumpulan TFC ini bersama Zizie dan anggota lama, Adeep mengenengahkan genre muzik R&B Soul yang jarang sekali dibawa oleh kumpulan-kumpulan lain dalam industri muzik tempatan kini.



Lagu “Sebulatnya” sebenarnya dicipta seawal tahun 2011. Walaubagaimanapun, rakaman single tersebut hanya siap awal tahun ini disebabkan situasi keahlian anggota TFC yang silih berganti. Pada awalnya, rakaman lagu ‘Sebulatnya” menampilkan kumpulan TFC ketika dibarisi Cat Farish, Zizie, Adeep dan Wangi. Apabila Adeep dan Wangi mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut pada tahun 2012, tempat mereka diambil alih sementara oleh Afiq dan DJ Krates. Versi akhir lagu “Sebulatnya” menampilkan barisan terkini TFC iaitu Cat Farish (Baritone vocalist) dan Zizie (Tenor vocalist) bersama-sama anggota-anggota terbaru, Afif (Tenor vocalist) dan Hairool (Baritone vocalist). Afif dikesan bakatnya dari program realiti AF9 manakala Hairool pula, menariknya, ditemui bukan dari laman perkongsian video YouTube seperti lazimnya kini tetapi menerusi laman sosial Facebook.

Read More

2013 Asia Super Showcase in Malaysia: Refund Method

Posted | 0 comments

Further to the re-scheduling of the 2013 Asia Super Showcase in Malaysia, as the joint organizers Marctensia Concerts and Universal Music Malaysia have yet to receive any confirmation from the artistes management, they have decided to proceed with the refund of the tickets before the announcement of the re- scheduled date of the show.


2013 Asia Super Showcase in Malaysia

Ticket buyer(s) of the 2013 Asia Super Showcase in Malaysia may start to submit their refund application(s) starting 22 July 2013 (Monday) till 22 August 2013 (Thursday). The refund payment will only be made to the ticket buyer(s) after the end of the refund submission and shall take within one month for the process. Refund will not be entertained if the request is made after the given refund period.

Read More

5 Malam 4 Hari di TV9!

Posted | 0 comments

Setiap kali menjelang hari raya, pasti ramai yang ternanti-nanti apakah hiburan atau drama menarik yang boleh ditonton sebagai pelengkap sambutan raya. Bersama TV9 pada tahun ini, anda akan dihiburkan dengan pelbagai rancangan terbaik bermula pada malam raya sehingga hari raya keempat bersesuaian dengan tema TV9 pada tahun ini iaitu 5 malam 4 hari.


Azwan Kombos

Pada tahun ini, TV9 telah menyediakan pelbagai program raya terbaik dan nama-nama besar dalam industri hiburan seperti Stailista Unplugged yang menampilkan kolaborasi penyanyi nombor satu di Malaysia iaitu Dato’ Siti Nurhaliza, pemenang Asian Wave 2012 Shila Amzah, Alyah dan bintang muda yang semakin mencuri perhatian ramai, Najwa Latif. Bukan itu sahaja, rancangan hiburan di TV9 turut diperkuatkan dengan rancangan Rockestra yang meletakkan di antara penyanyi lelaki yang mempunyai vokal terbaik di Malaysia iaitu lagenda rock Amy Search, Azlan & The Typewriter dan Black.

Read More

Konsert Akhir BMB Cecah 5 Juta Penonton

Posted | 0 comments

Tahniah diucapkan kepada Achey (Mohd.Nasir Hamzah), anak didik kepada Harun Salim Bachik yang baru sahaja dinobatkan sebagai Juara Bintang Mencari Bintang (BMB) pada malam Ahad (23 Jun) yang lepas.


Norish Karman

Lebih teruja, kemuncak BMB berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 3.8 juta (16.2 TVR) atau 54.4% syer penonton. (sumber: Nielsen Audience Measurement) Secara pukal, kadar tontonan keseluruhan BMB Akhir telah mencipta rekod dengan tontonan mencecah hampir 5 juta sepanjang siaran dari jam 9.00 – 12.00 tengah malam pada 23 Jun yang lepas.

Read More
Page 9 of 415678910111213
Gosip Label Aishah Aziz Gosip Yuna

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes