Beremosi Tanpa Kontroversi

Lensa BM

Sila Klik Read More Utk Baca keseluruhan Artikel

Siapa Taja Abby Abadi RM50,000 di London?

Posted | 0 comments

Baru sebentar tadi kami ditunjukkan dengan satu artikel dari sebuah laman politik yang jika benar kesahihanya boleh dianggap satu perkara yang amat mendukacitakan. Tapi bukan isu politik yang menjadi tarikan kami tetapi individu yang diceriterakan disitu.


Pecah

Abby Abadi jika semua maklum merupakan bahan cacian dan kejian oleh segelintir kelompok yang tidak senang dengan keceluparanya membangkitkan sesuatu isu. Terbaru Abby Abadi sekali lagi (jika boleh setakat ini kami sifatkan sebagai ’1 fitnah’ jika tidak dibuktikan kesahihanya) di jadikan satu bahan gosip apabila dikatakan menerima RM50,000 dari seseorang VVIP yang menajanya ke London.

Read More

Raja Azmi Sudah Putus Cinta

Posted | 0 comments

Petang tadi krew kami pergi ke majlis pelancaran single terbaru artis lelaki tempatan di redbox gardens. Apa yang menariknya, rakan kami yang turut berada di majlis ini sempat memaklumkan kepada kami yang Raja Azmi kini khabarnya sudah putus cinta dengan jejaka muda yang pernah dihebohkanya sebelum ini.


Najwa Latif

Kata rakan kami ini lagi hubungan cinta Raja Azmi dengan jejaka muda itu khabarnya sudah putus sejak sebulan yang lalu dan kini Raja Azmi masih mencari calon yang sebaya dengan dirinya pula.

Read More

Najwa Latif Sangkal Dirinya Terlebih ‘Demand’

Posted | 0 comments

Acap kali kami dengar yang harga diletakkan oleh penyanyi yang baru sahaja menamatkan alam persekolahan ini, Najwa Latif agak tinggi bagi 1 lagu untuk setiap persembahan. Khabarnya harga yang diberikan oleh Najwa latif ataupun pihak pengurusanya kadang kala agak melampau dan tidak masuk akal.


Najwa Latif

Benarkah seperti apa yang didakwa? Ye la mungkin juga harga semasa masih sekolah dan selepas tamat sekolah berlainan. Tapi berbaloikah? Baru baru ini krew kami sempat bersua muka dengan Najwa Latif dan soalan berkaitan hal ini tidak terlepas menjadi tajuk perbualan.

Read More

Suki Terus Menderita

Posted | 0 comments

Kesabaran juara rancangan realiti Low Sook Yee, atau lebih dikenali sebagai Suki Low terus dicabar selepas rayuannya untuk mengeluarkan waran tangkap ke atas para pengarahGalaxy Music Sdn. Bhd.


VIKINGS

Chan Tak Wai dan Wong Yoke May kerana tidak membayar sejumlah wang yang telah dijanjikan kepadanya tidak diterima dan ditolak serta diketepikan oleh pihak Pendaftar apabila kedua-dua pengarah Galaxy Music itu hadir di mahkamah dengan wakil guaman terbaru mereka untuk sebutan kes tersebut.

Read More

Trailer VIKINGS Terbitan KRU Studios Kini di Youtube

Posted | 0 comments

KRU Studios telah melancarkan treler filem yang dinanti-nantikan ramai berjudul “Vikingdom” arahan Yusry Abdul Halim di You Tube. Filem bergenre aksi, fantasi dan penggembaraan ini adalah filem Bahasa Inggeris buatan Malaysia untuk pasaran antarabangsa.



Dibintangi oleh Dominic Purcell (Prison Break, Killer Elite), Natassia Malthe (Dead or Alive, Elektra), Craig Fairbrass (Cliffhanger), Jon Foo (Tekken) dan Conan Stevens (The Hobbit), Vikingdom bakal memperkukuhkan lagi kedudukan KRU Studios diarena antarabangsa dan membuka laluan yang lebih besar bagi menembusi pasaran Amerika pada tahun ini.

Read More

Kristal Sukar Kikis Imej ‘Kampung’

Posted | 0 comments

Walaupun pelbagai usaha dilakukan mereka dalam mengubah persepsi peminat terhadap imej yang dibawa, namun imej ‘Kampung’ yang sering dilabelkan terhadap kumpulan Kristal bagaikan sudah noktah adanya.


Manifesto

Ini jelas mengundang sedikit rasa kecewa buat Vokalis Kristal, iaitu Lan. Ujarnya “Kecewa tu memang la kecewa sikit sebab peminat masih melabelkan kami sebagai band yang bersifat kekampungan sejak dari dulu lagi. Nak kata kami ni sentiasa berimej kampung tidak juga, Sering juga kami berimej moden dan sebagainya tapi susah untuk mengubah persepsi peminat terhadap imej yang kami bawa sejak mula-mula kristal diwujudkan.”

Read More
Page 12 of 1148910111213141516

Exc. interview

Follow Us

Terkini Menerusi Email Anda

Jadi yang pertama mengetahui perkembangan terkini hiburan tempatan menerusi email. Isi Email anda dibawah sekarang!!!

Wordpress Themes - Photography WordPress Themes - Newspaper & Magazine WordPress Themes