International
Press Release
Sila Klik Read More Utk Baca keseluruhan Artikel
Soo Wincci Putus Cinta Kerana Hutang RM 1juta
Agak tragis juga hubungan cinta yang dihadapi oleh penyanyi kelahiran Kuala Lumpur ini. Hanya kerana dia berhutang dengan bank RM 1juta maka keputusan untuk memutuskan hubungan yang telah terjalin selama 4 tahun sebelum dia bergelar Miss World Malaysia terpaksa diambil.

Jelas Soo Wincci bekas teman lelakinya itu pada awalnya tidak mengetahui kenapa dia mahu memutuskan hubungan mereka sehinggalah diberitahu segalanya berpunca hanya kerana wang berjumlah RM 1juta. Tambahnya juga wang sebesar itu dipinjam dari pihak bank kerana mahu mengembangkan kerjaya nyanyianya di Taiwan dengan kemunculan sebuah Album baru.
Read MoreSekali Lafaz Sah Linda Hashim & Beego Suami Isteri
Hanya dengan sekali lafaz kini sah pelakon wanita yang popular menerusi drama Fatimah Juling iaitu Norhazlinda Hashim, 29 dan juga pasanganya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 33 telah selamat diijab kabulkan pada jam 9.30pm bertempat di Masjid Usaimah Wangsa Maju.
Majlis yang dihadiri seramai 200 tetamu jemputan terdiri daripada kalangan kaum keluarga kedua belah pihak menyaksikan 9 hantaran dulang dari pihak perempuan yang terdiri daripada seutas jam tangan berjenama D&G, Sepasang pakaian berjenama Polo, Kasut Bershka, Kaca Mata Hitam Cartier, sebentuk cincin Emporia Amani, Sirih Junjung, Coklat Ferrero Rocher, Set penjagaan diri lelaki L’eau D’issey Pour Homme & Buah buahan.
Manakala pihak lelaki pula membalas dengan 7 dulang yang terdiri daripada seutas jam tangan berjenama Titus, sebentuk cincin, wang hantaran, sepasang jubah, set Minyak Wangi Burberry, Beg Tangan berjenama Furla & Sirih Junjung
Read MoreHaniz Zalikha Tidak Biasa Dengan Gosip Peribadi
Kalau tidak mahu kisah peribadi dijaja diserata alam janganlah terkedek kedek mahu mencipta nama dalam bidang yang sememangnya penuh dengan kontroversi ini.

Bidang hiburan bukan sahaja menjanjikan kemasyuran dalam sekelip mata buat yang bertuah, malah boleh juga menjadi satu malapetaka yang cukup besar buat individu yang bergelar selebriti andai nasib tidak memihak kepada mereka.
Read MoreTasha Shilla ‘Nervous’ Pertama Kali
Anugerah Blokbuster ke 2 yang hanya tinggal seminggu sahaja lagi bakal menampilkan Dato Ac Mizal dan juga Scha Alyahya sebagai pengacara utama anugerah ini dan juga menampilan Hanis Zalikha, Hefny, Tasha Shila dan Hafizul sebagai pengacara karpet merah pada malam Anugerah tersebut.

Tasha Shila yang kami temui semasa sidang media semalam mengakui ini merupakan pengalamanya yang pertama sebagai pengacara dan wujud perasaan gementar atas tanggunjawab yang diberikan
Rita Rudaini ‘Pening’ Kes Berlarutan
Hampir setahun kes tuntutan penceraian melibatkan pelakon, Rita Rudaini dan juga pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan sudah berjalan namun ianya masih berlarutan sehingga kini.

Kenyataan balas kedua belah pihak berkaitan kes ini juga menimbulkan banyak kekeliruan buat mereka yang mengikuti perkembangan ini sejak dari awal lagi. Rita Rudaini yang kami temui sewaktu sambutan ulang tahun Mustika HD baru baru ini juga turut ‘pening’ dengan situasi yang menimpa dirinya berkenaan kes ini, namun tetap tabah menghadapinya.
Read MoreMoon Ryanti Keluar MIG Untuk Kebebasan
Hampir 4 tahun bersama MIG dan sudah membintangi hampir 8 buah filem dengan watak yang besar. Tapi berapa ramaikah dari kita yang mengenali Mon Ryanti Muhammad Sahudina Lee a.k.a Moon Ryanti?

Jangan Pandang Belakang Congkak, Senario Beach Boy, Mantera, Keramat, Hantu Dalam Botol Kicap, Nongkrong, Hanya Aku Cinta Kau Seorang – HACKS , Assalamualaikum Cinta, Aku Terima Nikahnya dan terbaru Bro Nampak Moto Gua? adalah deretan filem yang telah dibintanginya, namun itu belum menjanjikan kemasyhuran bagi gadis yang berasal dari Johor ini ataupun sekurang-kurangnya dikenali.
Read More








