International
Press Release
Sila Klik Read More Utk Baca keseluruhan Artikel
Terpulang pada Ashraf Muslim dia Nak kahwin Berapa Ramai – Sherry Ibrahim
Nama wanita ini tiba – tiba sahaja muncul disaat kemelut yang melanda rumahtangga Ashraf Muslim yang dikatakan mahu bernikah lain, hal sebegini sudah tentulah memberi sedikit impak buat Sherry Ibrahim apabila dia merupakan bekas kekasih aktor kacak tersebut sebelum Ashraf bernikah dengan Noor Dayana Lokman.

Nyata bekas pramugari Qatar Airways ini yang kami temui di Sri Pentas TV3 sempena pelancaran drama Teduhan Kasih terkejut dengan soalan yang diajukan berkenaan masalah rumahtangga yang dihadapi Ashraf Muslim pada ketika ini.
Read MoreDidie Alias Dakwa Di ‘Kencing’ Pihak Produksi Filem?
Penglibatan yang lama didalam bidang lakonan bukanlah satu jaminan buat mana-mana pelakon tempatan untuk terhindar daripada ditipu oleh pihak – pihak tidak bertanggunjawab yang cuba mengambil kesempatan keatas golongan ini.
Nyata, asas kebenaran ini terbukti apabila pelakon yang berpengalaman dan sudah memenangi beberapa anugerah bersifat popular juga merasakan dirinya seperti diperdaya.
Sering dilabelkan sebagai ‘Lady Gaga Malaysia’ Didie Alias berasa sedikit terkilan apabila pada awalnya menyangkakan filem yang bakal dibintangi beliau akan di arahkan oleh Syamsul Yusof bersama seorang lagi pengarah muda yang lain, tapi disaat akhir Syamsul Yusof menarik diri. Hal ini nyata tidak disenangi Didie kerana dia menerima tawaran ini disebabkan penglibatan awal Syamsul Yusof sebagai pengarah bersama.
Read MoreMR PARASITE – New English Single by Lynnzay
5 years ago, a story about a male gold digger was told to Lynnzay and it inspired her to compose a song called ‘MR PARASITE’. Parasite is actually known as a living organism that exists by stealing the resources produced by another living organism.
And in this song,Lynnzay purposely referring to the kind of man who lives on his girlfriend’s efforts and the girlfriend finally decided to move on without her loser boyfriend even its hard for her.
As TLC have ‘No Scrubs’ and Kanye West have ‘Gold Digger’ to tell their story about parasitism, we have Lynnzay with ‘Mr Parasite’ in Malaysia.
Aeril Zafrel Akui Jahil Tentang Hukum Agama
Bukan mudah sesetengah dari kita untuk mengakui kejahilan diri, apatahlagi bagi individu yang sudah dikenali pasti berat hati mahu mengakui diri itu amat jahil.
Tapi tidak bagi pelakon lelaki ini iaitu Aeril Zafrel yang secara terbuka mengakui kepada kami yang dirinya amat jahil mengenai hukum hakam agama. Disebabkan itu kini Aeril giat mendalami lagi tentang agama dengan bantuan seorang guru yang dipercayainya.
Read MoreCha Cha Maembong dan Kekasihnya?
Kami terima email dengan 6 keping gambar ChaCha Maembong bersama seorang lelaki. Kata pengirim email ini lelaki didalam gambar yang rapat dan mesra ini adalah Teman Lelaki Cha Cha. Tapi jika dilihat 2 kali imbas dan lagak kemesraan mereka berdua kami yakin ini mungkin adik Cha Cha & juga Emma Maembong.

Kami tidak pasti jika ini adalah gambar lama dan pernah disiarkan dikebanyakan laman online. Kerana kami pun tidak pernah lihat gambar ini. Kalau pernah disiarkan di mana-mana pun tak apalah anggap sajalah kami ketinggalan. Tapi kami siarkan juga untuk pembaca Buahmulut.Com.
Read MoreTidak Serik, Nurul Ain Tampil Separuh Bogel Dlm Filem Oh Mak Kau (OMK)?
Jika ditanya siapakah geranganya Nurul Ain Nordin ini kami yakin dan pasti kebanyakkan dari anda tidak mengenali gadis yang berasal dari Seri Kembangan, Selangor ini. Namun tidak lama dahulu gadis ini pernah menimbulkan satu kontroversi yang cukup besar, apabila dengan berani tampil hampir separuh bogel bagi filem Suatu Malam Kubur Berasap.

Kini apa yang disampaikan kepada kami, pelakon dan juga pengarah bagi filem Oh Mak Kau (OMK) yang diterbitkan syarikat produksi Ain sendiri bersama beberapa rakan kongsinya iaitu Star Scope Production Sdn Bhd dikatakan bakal membawa satu lagi malapetaka bagi Pengarah muda ini apabila sekali lagi berani tampil separuh bogel dalam filem terbarunya pula. Benarkah begitu?
Read More








